MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Friday, December 4, 2009

Taubat…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang


 

Alhamdulillah kita masih diberi peluang menikmati nikmat kurniaan Allah di muka bumi Allah yang sementara ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W) , para sahabat, tabi' dan tabiin, para mujahid yang terdahulu serta sekarang yang berkorban demi menegakkan agama Allah. Di hari Jumaat yang tenang ini, saya ingin berkongsi tentang taubat.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Siti Aisyah r.a yang bermaksud : Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah keampunan Allah dan bertaubatlah kepadanya, kerana apabila seorang hanba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah nescaya Allah akan mengampuni dosanya. " (HR. Bukhari dan Muslim)

Taubat merupakan ubat bagi setiap orang yang menghadapi penyakit hati dengan kata lain penyakit jiwa. Ini bukan bermakna seseorang itu adalah seoarang yang tidak waras, tetapi jiwa yang kosong dengan iman dan terisi dengan maksiat; tidak kira maksiat atau doasa itu kecil mahupun besar. Taubat menurut bahasa adalah 'kembali' . maksudnya kembali taat kepada Allah SWT setelah melakukan perkara mungkar dan yang dimurkai Allah.

Renungilah ayat-ayat al-Quran yang menyeru supaya bertaubat. Fiman Allah SWT yang bermaksud :

" Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Az-Zumar : 53)

"Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. " ( At-Tahrim: 8)

" (Meraka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya kepada mereka. dan Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas. " ( An-Nur : 38)

" Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri [1], mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui.

" Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. " (Ali- Imran : 135-136)

" Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, Maka Sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (Al-Maidah :39)


 

Hati harus dipenuhi dengan perasaan sedih dan menyesal serta takut kepada amarah Allah. Keinginan kuat yang diiringi dengan meninggalkan dosa itu harus dilaksanakan ketika itu juga , serta berjanji tidak akan mengulangi lagi pada masa yang akan datang. Haruslah berusaha membebaskan diri daripengaruh-pengaruh dosa yang lalu.

Syarat-syarat taubat yang disebutkan tadi , wajiblah dilaksanakan oleh orang yang bertaubat berkaitan dosa manusia dengan Tuhannya. Akan tetapi, jika kesalahan itu berhubung dengan sesama manusia, maka wajiblah untuk menyelesaikannya dengan orang yang berkenaan.

Nabi Allah yang sememangnya makshum dan yang dijamin Allah dimasukkan ke Syurga sentiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari . ini menunjukkan bahawa pentingnya bertaubat. Apatah lagi kita sebagai seorang hamba Allah dan umat Nabi Muhammad (S.A.W) yang kerdil dan sentiasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahupun secara tidak sengaja. Beristighfarlah selalu dan tunaikanlah solat sunat taubat. Semoga kita sentiasa dalam pengampunan Allah.


 


 

[1] yang dimaksud perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudharatnya tidak Hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain, seperti zina, riba. menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudharatnya Hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil.


 


 

………………………………………………..

Taubat

Album : Ya Rahman
Munsyid : Opick
http://liriknasyid.com


 

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab