MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Wednesday, December 16, 2009

PERUTUSAN MAAL HIJRAH

MEMAKNAKAN HIJRAH

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..segala pujian dirafa’kan setingginya dan selayaknya hanya pada Allah., Tuhan penguasa sekalian alam. Dia lah Zat Yang Maha Agung yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan bersalahan wujud-Nya dengan segala makhluk. Yang mana wujud-Nya maha suci daripada mengambil tempat. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang hadirnya membawa sinaran rahmat yang menerangi sekalian alam. Selawat dan salam juga buat para sahabat baginda dan para tabien yang telah berjuang menegakkkan agama Islam sehingga sehinggalah harumnya dapat dirasai oleh kita pada hari ini.

Apabila kita soroti kembali sejarah hijrah Rasulullah s.a.w terlalu banyak pengajaran dan khibrah yang kita boleh ambil buat penyuluh jalan kita pada hari ini. Sesungguhnya pda sirah perjalanan hidup Rasulullah itu penuh dengan pengajaran buat kita umat akhir zaman. Apatah lagi bagi jiwa yang bergelar daie dan murabbi. Perjalanan hijrah ini membuktikan betapa kekuasaan Allah mengatasi perancangan makhluk. Walaupun kafir Quraisy berusaha bersungguh-sungguh untuk memadamkan cahaya Islam yang mula menyinari hati-hati penduduk Mekah dengan melakukan berbagai-bagai penyeksaan dan kezaliman terhadap mereka yang beriman, namun perancangan Allah mengatasi perancangan mereka. Wahyu diturunkan supaya berhijrah ke Yathrib (Madinah) telah membuka lembaran baru dan mengubah landskap sejarah peradaban manusia. Kota Madinah yang penduduknya yang sudah hampir keseluruhannya memeluk Islam dengan dakwah yang dibawa ol
eh Mus’ab bin Umair yang diutus Nabi bersama ahli yang membuat persetiaan Aqabah yang pertama bersama Nabi dulu menyambut gembira kedatangan Nabi dan kaum muhajirin ke Kota yang bercahaya itu. Lantas keagungan Islam mempersaudarakan Ansor dan muhajirin dengan ikatan ukhuwwah yang begitu utuh sehingga mengorbankan apa sahaja demi saudara mereka. Nabi diangkat sebagai pemimpin kerajaan Islam yang pertama dengan piagam Madinah menjadi dasar perundangan terulung yang dasarnya begitu adil dan menepati prinsip keadilan social. Dari saat ini Islam terus berkembang sehingga menguasai hampir dua pertiga dunia dengan meletakkkan perundangan Islam sebagai dasar tertinggi pemerintahan.

Kini, peristiwa hijrah telah berlalu. Sejarahnya dibukukan, dijadikan ceramah di mana-mana bila sampai bulan Muharam. Tetapi sejauh manakah pengajaran dari kisah hijrah ini dipraktkkan. Sebagai daie dan bakal pendidik seharusnya kita menjadikan kisah ini sebagai pembakar semangat kita untuk mendidik anak bangsa dan untuk kita terus bertebaran di m,uka bumi Allah ini untuk menyampaikan risalah agung ini kepada umat. Kita lihat bagaimana Mus’ab b Umair yang berhijrah dari kekayaan hidup untuk lebih memilih kekayaan akhirat dan berhijrah dari tanah airnya bumi Mekah untu
k menyampaikan dakwah Islam ini ke bumi Madinah.

Hijrah ini pada hakikatnya akan terus wajib sehingga ke hari terahir kehidupan kita. Hijarah dari beleggu kejahilan kepada keilmuan, hijrah cinta duniawi kepada cinta ukhrawi, hijah dari malas kepada rajin dan seumpamanya. Oleh itu, ana mewakili pimpinan MTEN menyeru kepada semua sahabat-sahabat IPG, marilah kita sama-sama memaknakan hijrah dalam hidup kita. Sebagai pendidik kita punya tanggungjawab dan amanah yang lebih besar yakn menyeru jiwa-jiwa manusia kepada jalan Allah. Berhijrahlah ke arah yang lebih baik dan hijrah yang terlebih baik itu adalah hijrah kepada Allah dalam setiap amal kita. Semoga Allah memberi hidayah dan taufiq dalam setiap gerak kerja kita kea rah-NYA. Wallahu A’lam.

“MEMPERKUKUH TARBIYAH MENYEMARAK ISLAH”


Akhukum Fil Islam
,

Mohd Ikhwan b Ali
Presiden,
Majlis Tarbiyah Nuqaba 09/10

-------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah wasyukurillah,dikesempatan ini kita masih diberi peluang oleh Allah s.w.t menghirup udara yg segar dibumiNya,dan masih lagi diberikan peluang olehNya untuk kita memperbaiki segala kelemahan yang sisa berbaki dalam diri, sebelum lorong-lorong yang terbuka untuk kita menyucikan diri tertutup dengan serapatnya.

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah



Pernah dengar ungkapan lagu di atas?Bagi peminat nasyid,sudah pasti mereka tahu akan lagu ini kerana ianya seringkali bermain di bibir mereka. Namun,sejauh manakah kita menghayati lirik lagu yang tertera,adakah ia member kesan kepada kita yang menyanyikannya?Mari kita selusuri apakah HIJRAH itu bermakna buat kita..

SIRAH RASULULLAH

Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu sendiri. Peristiwa ini juga telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah SAW.

Antaranya keberanian Saidina Ali r.a yang sanggup menggantikan Rasullullah SAW di tempat tidur baginda walaupun pada ketika itu orang-orang kafir Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah.

Peristiwa pengorbanan Saidina Ali ini merupakan secebis daripada peristiwa pengorbanan para sahabat. Banyak lagi kisah pengorbananan yang telah dilakukan oleh para sahabat demi Rasulullah yang tercinta. Begitulah para sahabat nabi yang cinta mereka bukan sekadar bermain di bibir bahkan dibuktikan melalui perbuatan dan tindakan mereka.

MEMBUDAYAKAN SAMBUTAN

Saya tertanya-tanya apakah sambutan Maal Hijrah di Negara kita ini yang pastinya setiap tahun disambut oleh seluruh masyarakat benar-benar memberi penghayatan kepada kehidupan?atau ianya menjadi satu budaya?Alangkah baiknya jika kita bersama-sama menjiwai MAAL HIJRAH yang diwar-warkan,kerana disebalik peistiwa hijrah Rasul dan para sahabat mengandungi seribu hikmah yang hanya dapat dinilai melalui mata hati kita sendiri.

Hijrah bukan bentuk fizikal semata.Apa gunanya sesuatu Negara maju,tetapi rakyatnya tidak maju dari segi tamadunnya,akhlaknya.Tidak dinafikan kita amat bersyukur dengan kemajuan yang dicapai oleh Negara kita pada masa ini,setanding dengan Negara-negara maju lain, dan juga nikmat keamanan yang masih Allah berikan.Namun tidak mustahil semua nikmat yang DIA kurniakan akan ditarik melalui apa jua musibah sekiranya kemungkaran semakin berleluasa,tanpa adanya penghijrahan yang total dari masyarakat ISLAM sendiri.Nauzubillah

MAAL HIJRAH YANG SEBENAR

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah. (Hadis riwayat Abu Dawud)

Persoalan khasnya untuk generasi yang akan datang yang akan membentuk ummah yang gemilang,adakah kita menjadikan sirah hijrah nabi sebagai pedoman dalam hidup kita? Saya ambil contoh masalah keruntuhan akhlak dikalangan remaja yang semakin teruk sekarang ini,belum berertikah HIJRAH ke dalam jiwa mereka?Sungguh menyedihkan apabila kita melihat senario pergaulan bebas,kes anak luar nikah,tomboy,pengkid, yang rata-rata remajanya terdiri daripada remaja Islam.

Pada siapa tanggungjawab ini harus diletakkan?membimbing remaja ini berhijrah daripada lorong yang hitam kepada lorong yang bercahaya. Disinilah memerlukan kesatuan hati daripada semua pihak,kesepaduan dari segenap masyarakat,untuk kita bentuk kembali jiwa remaja yang berada dalam kekeliruan dan kecelaruan emosi.Sejarah kaum muhajirin dan ansar yang yang terbentuk daripada kesepaduan mereka akhirnya berjaya membentuk khilafah Islamiyah.Pengorbanan yang ditunjukkan oleh para sahabat dan rasulullah sendiri dalam berjuang menegakkkan Islam.Apalah sangat pengorbanan yang kita lakukan jika dibanding dengan perjuangan Rasulullah terdahulu,..Jihad untuk menegakkan Islam amatlah diperlukan pada masa kini, dengan melihatnya umat islam yang semakin lemah,yang semakin tunduk dengan kehalusan dakyah barat.

Pemuda yang lahir daripada penghijrahan inilah yang akan membantu mengakkan kalimah Allah,yang akan berjaya dalam kehidupannya. Kita diciptakan oleh Allah bukan untuk menjadi pecundang, tapi kita telah disiapkan oleh Allah, berpotensi untuk berjaya. Tidak hanya pada ukuran dunia tapi juga untuk ukuran akhirat. Rasulullah tidak hanya di akhirat tapi didunia juga berjaya. Baginda tidak mahu menjadi beban bagi orang lain. Usia 12 tahun sudah melakukan perjalanan untuk berdagang dan pada usia 25 tahun telah menjadi seorang pemuda yang bermutu akhlaknya dan terpercaya pribadinya.Nilai pada hati,tidak mahukan aku menjadi muslim yang berjaya di dunia dan akhirat?

GURU,DALAM BERHIJRAH

Guru,dalam berhijrah ada apa dengannya?

Dalam konteks ahli pendidikan,hijrah itu mesti ditanam awal-awal lagi dalam kamus sebgai seorang GURU.Guru ataupun ibu bapa kedua bagi anak-anak kecil sehinggalah remaja merupakan role model kepada mereka.Biasakah kita mendengar kata-kata yang diungkapai oleh sicilik,”ibu,ustaz kata Allah benci pada sesiapa yang mencuri”.anak-anak kecil ini lebih mudah mendengar kata gurunya sendiri berbanding ibu bapa mereka. Oleh kerana itu saya menekankan aspek penghijrahan itu perlu dilakukan oleh guru terlebih dahulu.Jika kita pada awalnya menjadikan kerjaya ini dipandang enteng semata,tukarkan pandangan kita.Jadikan kerjaya ini kerjaya yang sungguh sukar kerana pada kitalah yang akan membentuk generasi akan datang. Jika dahulunya seorang guru itu,tahap keilmuannya kurang,apa salahnya kita perbanyakkan lagi ilmu yang kita ada. Carilah ilmu di segenap pelusuk,supaya kita tidak akan rugi akhirnya.

Sebelum saya berganjak,saya ingin menimbulkan persoalan pada sahabat semua mengenai system pendidikan di Negara kita pada masa kini.Apakah ia juga memerlukan pengHIJRAHAN?Kitakah yang akan berjuang untuk melakukan perubahan?

AYUH!GENCARKAN PERUBAHAN!

Anjakan perubahan daripada negative kepada positif bukanlah satu perkara yang susah,bilamana hati tekad untuk melakukannya.Pokok pangkalnya pada diri dan niat kita sebenarnya.Allah itu mengetahui segalanya,dan DIA akan permudahkan segala usaha kita.InsyaAllah..tebentuknya satu warisan kegemilangan ummah yang akan menjadi idealis reformasi yang amat dinantikan.

Salam Maal Hijrah,”memantapkan Ukhwah,memperkasa Ummah”

Salam Ukhwah,segencar Dakwah,


Nurul Fadhilah Bt Ahmad

Timb. Presiden 2

Majlis Tarbiyah Nuqaba’ 09/10



1 comments:

Geekspro said...

Salam Maalhijrah...Hijrah mesti difahami dalam konteks yang luas...Hijrah intelek, hijrah emosi, hijrah spiritual, hijrah fizikal..supaya timbul kesedaran dalam diri untuk mengubah mana-mana nilai dalam PIES yang masih berada pada tahap kurang memuaskan

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab