MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Saturday, December 31, 2011

Jom sertai..."PERTANDINGAN VIDEO ISLAMIK KREATIF-MTEN 2012"



(Blog ini merupakan blog sementara MTEN memandangkan terdapat masalah teknikal untuk mengakses blog baru MTEN. Sebarang maklumat akan dimuatkan dalam blog ini sehinggalah masalah diselesaikan. Kesulitan amat dikesali)




SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan video ini terbuka kepada pelajar sepenuh masa PPISMP/PISMP/KPLI IPG Kampus Pendidikan Islam secara individu atau kumpulan atau usrah.

2. Panjang klip video hendaklah TIDAK melebihi lima minit. Video anda mestilah asli tanpa menciplak hasil karya orang lain yang sedia ada.

3. Setiap klip video yang dihasilkan DILARANG sama sekali untuk memuatkan perkara-perkara yang berikut:

* Perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan syarak, contohnya percampuran bebas lelaki perempuan, mendedahkan aurat, hiburan terlampau dan sebagainya.

* Mencaci atau mengutuk mana-mana pihak, persatuan atau organisasi dengan sengaja dan melampau-lampau.

* Bersifat perkauman.

*Unsur-unsur lucah baik terlampau atau kecil-kecilan; carutan dan cacian makian juga tidak dibenarkan.

4. Klip video anda boleh jadi dalam bentuk animasi, filem pendek, dokumentari atau apa-apa sahaja mengikut kreativiti dengan menggunakan sebarang perisian yang sesuai.

5. Setiap video yang dihantar mestilah diberi tajuk : “Pertandingan VIK-MTEN  ’12: [Nama Klip Video Anda]”.

6. Setiap video penyertaan akan menjadi hak milik MTEN untuk tujuan dakwah.

7.Klip-klip video anda juga akan digunakan secara meluas dan berhak digunakan oleh sesiapa sahaja untuk tujuan dakwah dan tarbiyah.

8.Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kreativiti, keaslian, unsur-unsur islamik yang memberi kesan kepada penonton dan hakim.

9.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Januari 2012.

10. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH DAN PENGHARGAAN

1. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan daripada pihak penganjur.

2. Pemenang pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM150.00, pemenang kedua RM100.00 dan ketiga RM50.00.

Disediakan oleh : Lujnah Publisiti dan Penerbitan MTEN

4 comments:

HALAQAH IPG said...

program yg menarik, diharapkan moga ia mmpu mnarik lbih rmai kader2 dakwah..ameen

light of leader said...

maafkan saya.. video yang ingin dihantar perlu dihantar melalui ap..??? hantar di laman web nie ke..?

MTEN said...

Light of leader : boleh tengok cara menghantar pada link ini -
http://majlistarbiyahnuqaba.blogspot.com/2012/01/jom-sertai.html

mten-ipgmkpi said...

Boleh download borang penyertaan di

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B6O1GS2JARrdMzRlZWI5ZGMtZDI0ZS00NWQ0LTk2MzMtMDY1Y2E4ZGFhODQ2&hl=en_US&pli=1

- Tarikh akhir menghantar video ialah sebelum jam 12.00 tengah malam 30 Januari 2012.

- Video yang dihantar mestilah dalam bentuk ‘hard copy’ – sama ada dalam CDR, DVDR

- Video yang dihantar mestilah diberi tajuk : “Pertandingan VIK-MTEN ’12: [Nama Klip Video Anda]”

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab