MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

Cinta Rabiatul Adawiyah....


tanpa aku sedari, ada air mata bergelinangan di mata..menginsafi kisah keagungan seorang serikandi yang mengabdikan seluruh hati, seluruh diri, seluruh cinta, seluruh hidupnya kepada Tuhan Yang Maha Esa, Allah swt...cintanya yang amat kukuh kepada Allah membuatkannya tidak menghirau sesiapa..rabiatul adawiyah, serikandi yang tercipta. Di dalam hatinya hanya terdapat satu cinta yang tiada bandingan kepada Allah swt sehingga menolak untuk berkahwin. Hidupnya berdasarkan cinta yang satu, iaitu cinta yang kekal..aku mengambil iktibar daripada kisahnya, agar menjadi pedoman hidup. Subhanallah, andai tercipta lagi insan seperti rabiatul adawiyah, kau jadikanlah aku salah seorang daripadanya. andai aku mampu menepis segala kehidupan dunia ini. akan aku mengukuhkan cinta aku terhadapMu. aku hamba Mu yang sering melakukan dosa. tapi aku mengetahui, Kau tidak putus2 memberi petunjuk kepadaku.. alhamdulillah, tidak kah wanita2 di luar sana dapat mengambil iktibar dari apa yang telah dilakukan oleh rabiatul adawiyah. Hatinya sungguh ikhlas mencintai Allah. Kehidupannya amat dikagumi oleh ku.

Lahirnya pd kurun ke2 hijrah
Dipinggiran terpencil Kota Basrah
Sejarah telah menukirkan langkahnya
Menuju Allah bermula dgn payah
Kemiskinan keluarganya terlalu mencengkam
Menjadikn dia hampir tenggelam
Dialah gadis yg bernama Rabiatul Adawiyah
Takdir mengatasi takdir
Ketika tiba-tiba pintu hidayah terbuka dia menjadi tersentak
Kembara cintanya pun bermula
Dari gelap dia menuju cahaya
Bukan kerana pahala tetapi kerana cinta di kedinginan malam dia berkata:

Tuhanku bintang-bintang telah menjelma indah
Mata manusia terlena sudah
Ketika semua pintu telah tertutup
Tatkala unggas malam sahut menyahut
Dan inilah aku..inilah aku
Duduk dihadapanMu mengadu cintaku
Yang selalu terganggu
Mengintai kasihMu diperdu rindu

Demikian rintihan hati Rabiatul Adawiyah
Lalu ditemuinya keindahan & ketenangan
Di hamparan kasih sayang TuhanYa Allah...Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa

"Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diriIni tanganku yang memohon keampunan dan rahmat-Mu
Ini wajahku yang menghadap -Mu dengan rasa kehinaanair mataku, sujudku , tanganku dan wajahkuini sebagai saksi diakhirat........
Bahawa aku pernahmerintih keampunan daripada-MuJadikanlah air mataku , sujudku ,tanganku , danwajahku ini sebagai pemayung ketika panas terikdi Padang Mahsyar...
Sesungguhnya tidak tertanggung olehkuakannya.
Jadikanlah air mataku , sujudku , tanganku ,dan wajahku ini sebagaipemberat ketika amalanku ditimbang.
Sesungguhnyaterlalu gentar hati ini apabilaair mataku sujudku , tanganku , dan wajahkuini sebagaipenyelamat ketika dihumban ke dalam neraka-Mu......
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untukmenyelamatkan diri.
Tuhan.........Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurnakepada-mu...kerana kebaikanku telah ditembusikejahatanku.
Melainkan hanya ini yang yangharapan......air mata penyesalan ,sujud seorang hamba,tangan yang sentiasa mengharap rahmat-Mu dan wajahyang malu memandang-Mu.
Meskipun rayuan setinggi gunung,
namun......kesangsiandatang di celah harapan.Apakah air mata yang mengalir seikhlas air matapenyesalan Nabi Adam selama 200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai ?
Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al Qarni yangmerintih hingga dini hari ?
Apakah tanganku ini menadah serta bermohontangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi ?
Apakah wajahku yangmengadap-Mu ini seperti RabiatulAdawiyah yang mengadap-Mu dengan rasa kehinaan ?Semua kesangsian ini
Ya Allah mendatangkan kegentarandi dada untuk mengadap-Mu....Tetapi .....hanya ini yang ada padaku..

Nama ini sinonim dalam sejarah dunia .
Rabi'ah binti Ismailal-Adawiyah terkenal dalam sejarah Islam.
Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrahdi Iraq.
Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segikebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.
Ayahnya pulahanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

  • rintihan Rabi'ah sewaktu kesunyian diketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:


"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripadasegala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripadasegala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!"

"Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidurnyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku dihadapan-Mu."

"Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiranpohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulanburung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiadatiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkanmelainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu danmenunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu."

"Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyikmaksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan dihadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanyayang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmatkepada-Mu."

  • Dan ini raungan Rabiah memohon belas ihsan Allah SWT:

"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyiankepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yangmendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan.Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yangterang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yangberkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebabEngkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."

Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing,Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti.Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supayaaku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikantakziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkaumenghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jikaEngkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidakbergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."

Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untukberkahwin dengan alasan:"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milikTuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itudia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyaitujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telahmempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepadaakhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya dihadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiadasuatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

  • Antara syairnya yang masyhur berbunyi:


"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripadapenglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernahghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintaiAllah.
Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untukmembersihkan hati dan jiwa.

Dia memulakan fahaman dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya
"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yangmencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takutkepada-Mu?"

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu makabakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamakkepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika akumenyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasanyang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan MahaMulia itu."

Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diujidengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal duniapada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun.

Moga-mogaAllah meredainya dan membimbing kita untuk mencari cinta ILAHI, amin!

»»  read more

Monday, March 8, 2010

Islamlah Maharnya..


Sinar Islam berhasil menembus relung hati Rumaisha binti Milhan, menguliti jelaga-jelaga kebodohan yang telah bertahun-tahun membungkus hidupnya. Inilah kebenaran yang hakiki. Apa lagi yang harus ditunggu?Demikianlah wanita Anshor itu telah mantap menerima islam dengan segenap jiwa dan raganya. Ia kabarkan keislamannya pada suaminya Malik bin An-Nadhr dengan penuh suka cita. “Suamiku, tidakkah engkau ingin mengikuti jejak langkahku menuju jalan kebenaran ini ?”.

Ajakan mulia wanita itu ternyata tidak disambut ceria sang suami. Bahkan Malik bin An-Nadhr marah dan menjerit di dekat telinga Rumaisha. “Apakah kau sudah campakkan agama nenek moyang kita?”.Begitu berangnya Malik mendengar istrinya masuk Islam.

Namun, istri malik yang sebih dikenal dengan panggilan Ummu Sulaim itu menjawab dengan tenang dan bijak,“Sesungguhnya aku telah menyerahkan wajahku kepada Allah, Robb semesta alam ini.”Ia telah begitu yakin dengan keimanannya yang baru. Lalu kepada Anas bin Malik putranya, Ummu Sulaim menoleh. Mengajarkan anak kecil yang telah pandai bicara itu untuk mengucapkan dua kalimat syahdat.

“Katakan Asyhadu an laa ilaaha illa Allah !”, kata Ummu Sulaim kepada anaknya. Dan anak itu cepat menyambut seruang sang Ummi. “Asyhadu an laa ilaaha illa Allah !”

Kemudian Ummu Sulaim mengajrkannya mengucapkan kalimat yang kedua. “Katakanlah sekali lagi Asyhadu anna Muhammad Rasulullah ... !” Dan dengan cerdas anak itu pun mengikuti ucapan sang Ummi. Dengan demikian resmilah dua anak-beranak itu masuk ke pangkuan Islam semenjak itu. Peristiwa besar itu persis berlangsung di depan suami Ummu Sulaim.

Karuan, Malik tambah menjadi-jadi kemarahannya. “Kau telah merusak kepercayaan anakku ... !”. Namun dengan tangkas dan tegas Ummu Sulaim langsung menjawab, “Aku tidak merusak kepercayaannya, bahkan aku memimpinnya ke jalan yang lurus. Aku berharap kelak ia tumbuh dan besar dalam bimbingan hidayah dan iman!”

Malik An-Nadhr merasa terpojok dengan jawaban yang istri yang tegas dan mantap itu. Sejak itupun rumah tangga Ummu Sulaim sering diwarnai
keributan mulut. Namun selalu saja pertengkaran itu malah makin memojokkan Malik An-Nadhr, karena Ummu Sulaim begitu mantap hujah-hujahnya. Maka Malik akhirnya pergi meninggalkan Ummu Sulaim ke Syam, sampai suaminya itu mati di sana. Hingga akhirnya kematian suaminya itu sampai ke telinga Ummu Sulaim. Wanita itu telah berjanji untuk tidak ingin menikah lagi kecuali jika diizinkan anaknya Anas bin Malik.

Kabar Ummu Sulaim yang telah menjanda itu, telah memunculkan hasrat seorang lelaki kaya bernama Abu Tholhah untuk meminangnya. Lelaki Madinah itu terkenal memiliki sifat kesatria, dermawan dan berstatus tinggi di antara kaumnya. Tapi Abu Tholhah kala itu masih musyrik.
Ketika tiba di rumah Ummu Sulaim, Abu Tholhah meminta izin masuk. Ummu Sulaim mengizinkannya. Berlangsunglah pertemuan itu yang dihadiri pula oleh Anas bin Malik, putra Ummu Sulaim. Abu Tholhah berterus terang tentang maksud kedatangannya.

“Maukah engkau menjadi istriku?”, katanya. Apa yang dinanti? Ternyata jawaban Ummu Sulaim tak seperti yang diharapkan kesatria Madinah itu. “Sesungguhnya pria seperti anda, hai Abu Tholhah tak pantas saya tolak lamarannya. Tetapi aku tak akan kwin dengan anda, karena anda kafir ... !” “Apakah yang kuning atau yang putih? Emas atau perak?”, kata pria itu penasaran.

Dengan suara lantang Ummu Sulaim kembali menjawab, “Kusaksikan kepada anda, hai Abu Tholhah, kusaksikan kepada Allah dan Rasul Nya, sesungguhyna jika engkau Islam, aku rela engkau menjadi suamiku tanpa emas dan perak. Cukuplah Islam itu menjadi mahar bagiku !”

Sepanjang usianya, Abu Tholhah baru melihat wanita Madinah dengan pandangan hidup ‘aneh', namun tegar ini. Siapa pun tahu siapa Abu Tholhah. Seorang terpandang, kaya, dermawan lagi bersifat kesatria. Ia yakin wanita Madinah mana yang tidak luluh hatinya melihat modal yang dimilikinya itu. Tapi ia kini berhadapan dengan seorang wanita yang sama sekali tidak silau dengan kemuliaan yang dimilikinya. Amboi, keyakinan apa yang kini dimiliki wanita ini? Abu Tholhah makin penasaran. Langsung saja ia minta penjelasan tentang keyakinan ‘baru' Ummu Sulaim.

Maka Ummu Sulaim menjelaskan beberapa prinsip Islam, yang menyebabkan Abu Tholhah makin terterik untuk memeluk Islam. Akhirnya pria Madinah terpandang itu bertanya, “Siapakah yang harus mengislamkan aku ?” “Aku bisa”, jawab Ummu Sulaim. Wanita itu segera memerintahkan Abu Tholhah mengikrarkan dua kalimat syahaat. “Katakan, tiada ilah selain Allah dan
Muhammad adalah Rasul Allah. Setelah itu anda pulang ke rumah, hancurkan seluruh berhala sembahanmu itu, lalu buang!”

Setelah berikrar, barulah Ummu Sulaim menepati janjinya menerima pinangan itu. Kepada anaknya Anas bin Malik, ia pun tetap memegang janjinya, untuk meminta perkenannya, apakah ia boleh menikah lagi. Anas menyetujui ibunya dilamar Abu Tholhah, maka segera berlangsung pernikahan itu.

Mendengar kabar Ummu Sulaim menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar ‘Abu Tholhah masuk Islam', kaum muslimin berkata, “Belum pernah kami mendengar mahar nikah yang lebih mahal dari mahar Ummu Sulaim. Maharnya ialah Islam.”

Islam telah menghunjam kokoh di dalam hati wanita itu. Ini hanya dimungkinkan lantaran Ummu Sulaim memiliki kebersihan hari, kemantapan jiwa, tanpa sedikitpun ragu akan kebenaran risalah suci itu. Seluruh pemikiran, tradisi, perasaan dan pandangan jahiliyah ia tinggalkan sama sekali. Lalu jiwa itu diisinya dengan Islam. Dari jiwa fitrah inilah muncul semangat, perasaan, selera, cita-cita serta tujuan hidup yang semuanya sekali berwawasan Islam. Hal ini dibuktikannya, ketika ia berusaha keras mengajak suami pertamanya untuk masuk Islam. Semua itu hanya makin menguatkan bukti, Ummu Sulaim sangat ingin rumah tangganya berdiri di atas kerangka nilai Islam secara total. Tak perduli apa pun yang terjadi, ia lebih mencintai Islam dari apa pun.

Hanya Anas, putranya yang masih kecil itu, berhasil ia selamatkan. Di dalam genggaman pendidikannya, putra sahabiyah mulia itupun, Anas bin Malik akhirnya menjadi salah seorang perawi hadits yang terkenal.

Dengan cerdik Ummu Sulaim berhasil menyelamatkan Abu Tholhah, seorang tokoh Yatsrib, lewat pernikahan bersyarat itu. Sejarah mencatat, kedua suami istri mulia ini aktif dan gigih dalam kancah dakwah dan jihad sampai akhir hayatnya. Keduanya adalah orang yang termasuk berbaiat di Aqobah untuk memperjuangkan Islam. Rasulullaah saw bahkan menunjuk Abu Tholhah menjadi salah seorang dari 12 naqib [kepala regu] dalam membebaskan Madinah.

Berbicara tentang sejarah dakwah Islam, orang pasti akan tidak melewati sepak terjang serta keutamaan sahabiyah mulia itu. Ummu Sulaim dikenal pula sebagai perawi hadits. Baliau telah meriwayatkan 14 hadits berasal langsung dari Rasulullaah saw. Di antaranya terdapat dalam kitab shahih Bukhari-Muslim. Wanita mulia itu pun beberapa kali ikut bersama Rasulullaah saw dalam perang-perang besar seperti Badar, Uhud dan Hunain. Semoga Allah senantiasa mencurahkan rahmat Nya atas beliau.
»»  read more

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab