MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Thursday, April 1, 2010

Cinta Rabiatul Adawiyah....


tanpa aku sedari, ada air mata bergelinangan di mata..menginsafi kisah keagungan seorang serikandi yang mengabdikan seluruh hati, seluruh diri, seluruh cinta, seluruh hidupnya kepada Tuhan Yang Maha Esa, Allah swt...cintanya yang amat kukuh kepada Allah membuatkannya tidak menghirau sesiapa..rabiatul adawiyah, serikandi yang tercipta. Di dalam hatinya hanya terdapat satu cinta yang tiada bandingan kepada Allah swt sehingga menolak untuk berkahwin. Hidupnya berdasarkan cinta yang satu, iaitu cinta yang kekal..aku mengambil iktibar daripada kisahnya, agar menjadi pedoman hidup. Subhanallah, andai tercipta lagi insan seperti rabiatul adawiyah, kau jadikanlah aku salah seorang daripadanya. andai aku mampu menepis segala kehidupan dunia ini. akan aku mengukuhkan cinta aku terhadapMu. aku hamba Mu yang sering melakukan dosa. tapi aku mengetahui, Kau tidak putus2 memberi petunjuk kepadaku.. alhamdulillah, tidak kah wanita2 di luar sana dapat mengambil iktibar dari apa yang telah dilakukan oleh rabiatul adawiyah. Hatinya sungguh ikhlas mencintai Allah. Kehidupannya amat dikagumi oleh ku.

Lahirnya pd kurun ke2 hijrah
Dipinggiran terpencil Kota Basrah
Sejarah telah menukirkan langkahnya
Menuju Allah bermula dgn payah
Kemiskinan keluarganya terlalu mencengkam
Menjadikn dia hampir tenggelam
Dialah gadis yg bernama Rabiatul Adawiyah
Takdir mengatasi takdir
Ketika tiba-tiba pintu hidayah terbuka dia menjadi tersentak
Kembara cintanya pun bermula
Dari gelap dia menuju cahaya
Bukan kerana pahala tetapi kerana cinta di kedinginan malam dia berkata:

Tuhanku bintang-bintang telah menjelma indah
Mata manusia terlena sudah
Ketika semua pintu telah tertutup
Tatkala unggas malam sahut menyahut
Dan inilah aku..inilah aku
Duduk dihadapanMu mengadu cintaku
Yang selalu terganggu
Mengintai kasihMu diperdu rindu

Demikian rintihan hati Rabiatul Adawiyah
Lalu ditemuinya keindahan & ketenangan
Di hamparan kasih sayang TuhanYa Allah...Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa

"Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diriIni tanganku yang memohon keampunan dan rahmat-Mu
Ini wajahku yang menghadap -Mu dengan rasa kehinaanair mataku, sujudku , tanganku dan wajahkuini sebagai saksi diakhirat........
Bahawa aku pernahmerintih keampunan daripada-MuJadikanlah air mataku , sujudku ,tanganku , danwajahku ini sebagai pemayung ketika panas terikdi Padang Mahsyar...
Sesungguhnya tidak tertanggung olehkuakannya.
Jadikanlah air mataku , sujudku , tanganku ,dan wajahku ini sebagaipemberat ketika amalanku ditimbang.
Sesungguhnyaterlalu gentar hati ini apabilaair mataku sujudku , tanganku , dan wajahkuini sebagaipenyelamat ketika dihumban ke dalam neraka-Mu......
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untukmenyelamatkan diri.
Tuhan.........Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurnakepada-mu...kerana kebaikanku telah ditembusikejahatanku.
Melainkan hanya ini yang yangharapan......air mata penyesalan ,sujud seorang hamba,tangan yang sentiasa mengharap rahmat-Mu dan wajahyang malu memandang-Mu.
Meskipun rayuan setinggi gunung,
namun......kesangsiandatang di celah harapan.Apakah air mata yang mengalir seikhlas air matapenyesalan Nabi Adam selama 200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai ?
Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al Qarni yangmerintih hingga dini hari ?
Apakah tanganku ini menadah serta bermohontangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi ?
Apakah wajahku yangmengadap-Mu ini seperti RabiatulAdawiyah yang mengadap-Mu dengan rasa kehinaan ?Semua kesangsian ini
Ya Allah mendatangkan kegentarandi dada untuk mengadap-Mu....Tetapi .....hanya ini yang ada padaku..

Nama ini sinonim dalam sejarah dunia .
Rabi'ah binti Ismailal-Adawiyah terkenal dalam sejarah Islam.
Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrahdi Iraq.
Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segikebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.
Ayahnya pulahanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

  • rintihan Rabi'ah sewaktu kesunyian diketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:


"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripadasegala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripadasegala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!"

"Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidurnyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku dihadapan-Mu."

"Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiranpohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulanburung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiadatiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkanmelainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu danmenunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu."

"Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyikmaksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan dihadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanyayang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmatkepada-Mu."

  • Dan ini raungan Rabiah memohon belas ihsan Allah SWT:

"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyiankepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yangmendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan.Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yangterang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yangberkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebabEngkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."

Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing,Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti.Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supayaaku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikantakziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkaumenghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jikaEngkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidakbergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."

Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untukberkahwin dengan alasan:"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milikTuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itudia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyaitujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telahmempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepadaakhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya dihadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiadasuatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

  • Antara syairnya yang masyhur berbunyi:


"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripadapenglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernahghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintaiAllah.
Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untukmembersihkan hati dan jiwa.

Dia memulakan fahaman dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya
"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yangmencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takutkepada-Mu?"

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu makabakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamakkepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika akumenyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasanyang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan MahaMulia itu."

Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diujidengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal duniapada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun.

Moga-mogaAllah meredainya dan membimbing kita untuk mencari cinta ILAHI, amin!

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab