MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Friday, July 24, 2009

Si Kupu-kupu

Seorang lelaki menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kekompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian Si Kupu-kupu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki itu mengambil keputusan untk membantu Si Kupu-kupu. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Si Kupu-kupu keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai badan yang gembung dan kecil, sayap-sayapnya masih tidak sempurna. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan terus mekar dan melebar sehingga mempu menampung tubuh Si Kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, Si Kupu-kupu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya dengan merangkak di sekitarnya dengan tubuh yang gembung dan sayap-sayap yang tidak sempurna. Si Kupu-kupu tidak mampu terbang .

Lelaki yang membantu Si Kupu-kupu itu tidak mengerti bahawa kupu-kupu itu perlu berjuang dengan sedaya upaya dengan usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil perlu dilalui Si Kupu-kupu sebenarnya akan memaksa cairan dari tubuh Si Kupu-kupu itu mengalir ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia bersedia dan mampu terbang serta memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

________________

PERJUANGAN UNTUK KEJAYAAN

@ Kadang-kadang kita memerlukan perjuangan dalam hidup kita. Jika Allah membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mamcapai cita-cita dan harapan yang diidamkan. Kita mungkin tidak dapat 'terbang' jauh.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati … sebaliknya kadangkala Allah memberikan kita dugaan dan ujian supaya kita kuat dan cekal.

Kita memohon kebijaksanaan.. sebaliknya Allah memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijak dan matang dalam hidup.

Kita memohon keamanan.. tapi kita tidak sedar bahawa Allah memberi kita akal dan tenaga untuk digunakan sepenuhnya bagi mencapai keamanan dan kebahagiaan.

Kita memohon cinta… dan Allah memberi kita orang yang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati … sebaliknya Allah memberi kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Allah mentarbiyyah (membimbing) kita ….Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan, beerti kita tidak berhak mendapatkan segala yang kita impikan ? Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita minta, tapi PASTI… Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah di sebaliknya,bahkan tidak mahu menerima rencana Allah, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Seperti yang telah termaktub dalam kalamAllah yang indah ini :-

"……………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." (Surah al-Baqarah 2: 216)

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab