MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Tuesday, July 14, 2009

MABIM: Apa kata mereka...

Mohd Syafizie bin Mat Amin (PISMP 4.03)
"apa yang dicakapkan perlu dilaksanakan. kita nak didik semua pelajar bukan kos yang diaorang ambil"


Mohd Firdaus bin Saad (PISMK-OUM 8.01)
" Mantap dan memukau. Lebih profesional dari dulu. kene betul-betul pulun kerja la"

Mohd Fahizan b. Mohd Isa (PISMP 4.04)
' Sangat memberangsangkan. Ucapan dasar sangat menajubkan"

SITI AZIZAH BINTI MUHAMMAD (PISMK-OUM 8.01)

" Berpuas hati & bagus... Ada kelainan dari yang sebelum ini. Semoga buat yang terbaik untuk warga IPGM KPI. :) "

NORSYAHIDAH BINTI MUZAKIR(PISMK-OUM 8.01)

" Bagus. Matlamat jelas & insyaallah nuqaba' faham apa yang pimpinan MTEN harapkan. Harapan, semoga MTEN terus gah seperti apa yang dikatakan dalam ucapan dasar oleh Pengerusi MTEN. Buatlah sehabis baik."

NAZIHAH BINTI AHMAD SOFI (PISMP 4.01)

"1st time dengar perutusan macam perutusan PM. Perutusan y bagus. Laksanakan apa yang diucapkan. Permulaan yang baik. Cadangan...laksanakan banyak aktiviti untuk ahli usrah."


Noor Adillah Binti Ibrahim (PPISMP 3.02)

" Bagi pendapat saya, pelaksanaan MABIM berjalan dengan lancar sekali, terutamanya ucapan dasar Presiden MTEN yang sangat bersemangat dan berkeyakinan. Dengan ucapan dasar tersebut, menimbulkan tanggungjawab ini sangat penting dan amat berat amanah yang diberikan ini. Saya juga dapat merasakan barisan kepimpinan MTEN 09/10 dapat menjalankan tugas dengan baik pada sesi ini. Di sini , saya juga berharap agar pihak pelaksana sesuatu majlis MTEN perlu memilih wakil yang bersesuai untuk menyampaikan khalimah-khalimah Allah dengan bacaan betul dan penuh bertajwid. Namun begitu, saya sangat berpuas hati dengan Malam Bicara dan Introduksi MTEN yang mendatangkan rasa tanggungjawab dan memberi kesan kepada pendengar (nuqaba' IPGM KPI) "


Siti Hajierah Binti Omer (PPISMP 3.01)

" Saya berasa sangat berpuas hati dengan pelaksaan MABIM. Majlis ini memberi kesan yang mendalam dalam diri saya. Ucapan dasar daripada Presiden MTEN yang sangat bersemangat. Apa yang paling menarik perhatian saya adalah tayangan multimedia yang sangat kreatif dan berjaya mencapai objektif untuk meyampaikan kepentingan usrah. Saya juga merasakan barisan saf kepimpinan bagi sesi ini sangat bersesuaian dengan tugas yang diberikan. Kesimpulannya, saya berasa berpuas hati dengan majlis malam tersebut"



Nurul Eeffah binti Awang (PPISMP 3.02)

" Ape yang paling menarik ketika MABIM itu adalah ucapan dasar Pengerusi MTEN. Saya memperolehi banyak input. Tayangan mulmedia juga sangat menarik perhatian para hadirin. Saya berasa sangat berpuas hati menghadiri ke perjumpaan tersebut, Perjumpaan ini sangat bermakna dan tidak sia-sia saya menghadirikan diri. Saya berharap barisan kepimpinan MTEN baru dan ahlinya lebih bekerja keras untuk mengembalikan biah solehah di IPGM KPI ini. Penekanan ilmu agama harus diutamakan kepada pelajar bukan major agama dengan bantuan oleh pelajar-pelajar kelas Pendidikan Islam dan bahasa Arab. Sepertimana kita tahu, kuliah selain agama hanya diberi peluang mempelajari subjek PA satu semester sahaja. Oleh itu, MTEN perlu mengambil peranan untuk mendekatkan diri pelajar-pelajar ini dengan ilmu agama. Tidak semua pelajar di institut ini datang daripada sekolah agama, tanpa asas agama yang kukuh dalam diri mereka akan menyukarkan diri mereka untuk mendidik dan tarbiyah anak bangsa. Bagi saya, usrah semata tidak mengcukupi."



IZATHUL SAHERA (PPISMP 3.06)

" Sebagai wakil daripada Persatuan Perbayu IPGM KPI, inilah kali pertama kami mengenali barisan kepimpinan MTEN bagi sesi 09/10. Sesi memperkenal barisan kepimpinan ini sangat penting kepada kita untuk mengenali dengan lebih rapat lagi dengan mreka yang diamanahkan dan mengeratkan hubungan silatulrahim antara penggerek-penggerak penting di IPGM ini, Perjumpaan atau majlis ini menimbulkan satu kesedaran bahawa MTEN sangat penting dalam institut ini dalam membentuk sahsiah bakal pendidik. Saya sangat berpuas hati dengan pelaksanaan majlis yang tersusun dan berharap MTEN akan terus berjuang membentuk sahsiah pelajar"

Disediakan oleh :

Lujnah Penyelidikan Dan Pembangunan MTEN 09/10

Lujnah Penerbitan Dan Publisiti MTEN 09/10

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab