
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Mencuba tak berkedip
Menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa
Berderailah airmata
Dalam pelukku kau curahkan semua
(Menangislah di Bahuku -Firdaus)
Api maksiat yg masuk ke hati manusia merubah hati mereka menjadi arang hitam. Api maksiat hanya boleh dipadamkan dengan air mata yg mengalir deras sebab takut nanti dihisab pd hari kiamat dan perasaan semua perkataan dan perbuatan selalu diawasi Allah Taa'la. Tentang air mata mahal ini, Hasan al-basri berkata, "Jika mata seseorang menyucurkan air mata kerana takut Allah, maka dia mengharamkan neraka menyentuh tubuhnya. Jika airmata mengalir ke pipinya maka wajahnya tidak hitam dan hina pada hari kiamat. Tiada amal perbuatan yg bertimbang berat dan dberi pahala, kecuali airmata yg keluar kerana takut Allah. Airmata seperti ini memadamkan panasnya api neraka. Jika ada seorang pada suatu umat menangis kerana takut Allah, aku berharap umat itu secara keseluruhan dirahmati Allah gara-gara tangis satu orang tersebut.
Api maksiat dan kelalaian telah merasuki hati kita, lalu membuat kita tidak mampu khusyuk. Mahukan kita memadamkan api maksiat itu, dengan airmata mahal seperti di atas dan kita evaluasi atau koreksi diri mulai sekarang juga?
Taujih Ruhiyah- Abdul Hamid Al-Bilali
Firdaus- Menangislah di Bahuku
0 comments:
Post a Comment