MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Saturday, June 27, 2009

Dianggap remeh & ramai orang lupa..

Niat memberi anda power ?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

________________________

Ikhlas ialah memebuat amalan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah tanpa ada sebarang kepentingan duniawi. Perbuatan seorang muslim yang ikhlas tidak akan terikat dengan sebarang harapan; Dia tidak mencari pangkat, kekayaan atau untuk menjadi terkenal. Apabila seseorang itu melakukan sesuatu untuk mencari pujian atau memuaskan sesuatu kehendak, hatinya akan menjadi buta. Dia akan dikacau oleh kehendaknya dan terhilang hubungan dengan Allah.

Ikhlas ialah buah dari perhambaan diri sepenuhnya kepada Allah dan natjah dari tauhid dan keimanan. Allah SWT berfirman "Hanya engkau yang kami sembah dan kepada engkau kami meminta pertolangan".(1:4)

Cabaran dalam keiklasan

Membersihkan diri dari kehendak dunia bukan sesuatu yang mudah. Segala aktiviti dalam hidup kita mestilah dibersihkan dari matlamat duniawi. Tiada perbandingan duniawi yang boleh dibuat tentang mendapatkan keikhlasan. Seorang ulama' pernah berkata, "Cabaran paling susah dalam dunia ini adalah untuk mengikhlaskan diri, sudah banyak kali aku cuba mengeluarkan riya' dari hati aku, tetapi ia kembali dalam bentuk yang lain. Kebahagiaan buat sesiapa yang dapat melangkah satu langkah tanpa mengharapkan selain keredhaan Allah.

Apbila kita mempunyai keikhlasan kepada Allah, ia dikira sebgai satu kemenangan menentang sifat ego dan penting diri. Untuk mengatasi sifat ego dan penting diri, kita mestilah ada sifat mujahadah iaitu dapat melawan kemahuan diri. Kita juga mesti ada sifat muraqabah iaitu sentiasa meyakini bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan untuk menghalang godaan syaitan.

Apabila kita ikhlas, bukan bermakna kita tidak mencari harta atau nafkah tapi bermakna dalam kerja kita mestilah tiada kepentingan diri dan kepentingan duniawi tapi sebagai mentaati perintah Allah.

Allah tidak menerima amalan yang tidak ikhlas. Allah hanya mneima amalan yang ikhlas dan dibuat semata-mata untuk mendapa keredhaanya.

Ciri-ciri amalan yang diterima Allah

Setiap amalan yang baik mestilah mempunyai dua rukun untuk diterima oleh Allah:

A) Amalan itu mestilah ikhlas kerana Allah dan dengan tujuan yang baik.

B) Amalan itu mestilah mengikut sunnah Rasulullah dan tidak berlanggaran dengan syara'.

Rukun yang pertama mengenai niat yang tersembunyi, manakala yang kedua mengenai amalan itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung (pada) niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.

Amalan yang kita lakukan mestilah mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak bercanggahan dengan syara'. Kedua-dua rukun ini mestilah seiringan. Jika seseorang itu melakukan sesuatu amalan dengan niat yang ikhlas tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah atau melanggar syara' maka amalannya tidak diterima. Sebaliknya, jika seseorang itu melakukan amalan mengikut syara' dengan niat yang tidak ikhlas, amalanya juga tidak diterima.

Contoh melakukan amalan yang baik dengan niat yang salah ialah membina masjid. Membina masjid ialah sesuatu yang amat digalakkan dalam islam dan dijanjikan banyak ganjaran kepada sesiapa yang membinanya dengan niat yang betul. Pada zaman Rasulullah, terdapat orang munafik yang memebina masjid dengan tujuan mengintip umat islam. Allah menurunkan ayat mengenai pembinaan masjid ini yang membuktikan bahawa perbuatan yang baik dengan niat yang salah tidak diterima oleh Allah.

"Dan (diantara orang-orang mnafik itu) ada yang mendirikan masjid untuk menimbulkan bencana (pada orang-orang beriman), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang yang beriman serta untuk menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasulnya sejak dahulu. Mereka dengan pasti bersumpah "Kami hanya menghendaki kebaikan." Dan Allah bersaksi bahawa mereka itu pendusta (dalam sumpahnya)" (9:107)

Berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh

Hadith 1 dalam kitab Riyadhus Sholihin, al-Azkaar dan al-Arba'uuna Hadiithan (Hadith Empat Puluh) ini, juga menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh, tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti sakit, mati atau seumpamanya yang menghalang seseorang daripada melaksanakannya, maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.

Justeru itu, marilah sama-sama kita mulakan setiap perkara dengan niat. Sesungguhnya impak daripada niat itu adalah amat besar kepada kerja, amalan serta hati kita.

2 comments:

Annair said...

Syukran kerana mengingatkan...
Ana nak ty mcm mane pula kalu kite nak elak persaan riya' tu hadir?

Geekspro said...

Salam...
Boleh nyatakan sumber artikel ini tak??
Sekiranya ia hasil tulisan sendiri sila nyatakan nama penulis..

Dalam dunia blog sebarang artikel orh lain yg kte publish perlu dinyatakan sumber supaya dapat di buat rujukan..TQ

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab