MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Tuesday, February 8, 2011

Revolusi Islam di Timur Tengah - Tahun 2011 Zaman Kebangkitan Umat Islam

Sumber : isiukm.blogspot.com (Ikatan Studi Islam UKM)

Pada awal tahun 2011 ini, kita telah dikejutkan dengan satu revolusi atau kebangkitan umat Islam dalam menentang kezaliman yang melampau oleh sang pemerintah.

Peristiwa ini mula tercetus apabila rakyat dari Tunisia mula bangkit menentang rejim zalim yang telah menekan dan menindas mereka semejak berakhirnya penguasaan khalifah Uthmaniah di negera ini pada tahun 1881. 

Kronologi Kebangkitan Rakyat Tunisia

Kebangkitan rakyat Tunesia (revolusi Jasmin atau Melor) dimulakan oleh Muhammad Bouazizi yang merupakan seorang graduan lepasan sebuah universiti tempatan.Beliau pada ketika itu hanya berusia 26 Tahun. Namun disebabkan kegagalan pemerintah menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi, pekerjaan amat sukar diperolehi walaupun bagi seorang yang telah memiliki ijazah. Kadar pengangguran yang cukup tinggi sehinggakan mencecah 40 peratus.

Demi mencari sumber pendapatan yang halal, beliau terpaksa menyara diri dengan menjual sayur-sayuran di pinggir jalan. Akan tetapi, selepas 7 tahun menjadi penjual sayur-sayuran, kedai beliau telah disita oleh kerajaan dengan alasan beliau berniaga tanpa izin.

Pada Hakikatnya, Bouazizi sudah cuba untuk membayar 10 Dinar Tunisia serta ditambah lagi dengan 7 dolar, namun, pegawai kerajaan tidak mengendahkannya malahan beliau telah ditampar, diludah serta keluarganya dihina dengan begitu dasyat. Justeru,  beliau bertekat membawa kes ini ke penguatkuasa untuk diadili, sebaliknya kekecewaan yang ditemui. Sekali lagi beliau tidak diendahkan oleh penguatkuasa, malah, beliau langsung tidak dapat bersua dengan mereka bagi menyuarakan hal tersebut.


Pengorbanan Ke Arah Kebangkitan Gerakan Kesedaran

Beliau yang begitu kecewa dengan tindakan rejim ini lantar mengambil langkah untuk membakar diri di hadapan pejabat pihak berkuasa tempatan di kota kelahirannya Sidi Bousaid pada 17 Disember 2010 sejurus selesai solat jumaat. Tindakan yang diambil oleh Bouazizi bukan sahaja membakar dirinya, malahan ia juga telah membakar semangat rakyat Tunisia untuk menjatuhkan kerajaan zalim Ben Ali.

Hasil dari peristiwa tersebut, berlakunya demonstrasi besar-besaran yang dianggotai oleh segenap lapisan masyarakat yakni penganggur, golongan intelektual, golongan profesional dan sebagainya. Demostrasi tersebut dikatakan bermula di kota Sidi Bousaid lalu merebak ke seluruh kota-kota besar Tunisia seperti ibu kota Tunis, Sfak, Cartagho, Qairawan dan lain-lain. 


Demostrasi besar-besaran ini akhirnya sukar bagi kerajaan rejim Ben Ali untuk membendungnya sehinggakan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta serta pusat-pusat membeli belah telah ditawan oleh golongan demostrasi. Akibatnya negara menjadi lumpuh.

Disebabkan kegagalan rejim Ben Ali mengawal gelombang kebangkitan, pihak tentara dan polis mula bertindak balas. Hasil daripada campurtangan pihak tentera dan polis, berpuluh nyawa melayang serta ribuan yang telah cedera demi memastikan kejatuhan rejim zalim ini.
Tumbangnya Kerajaan Ben Ali

Tekanan demi tekanan yang diterima oleh rejim tersebut akhirnya membuatkan Presidennya, Ben Ali mengambil tindakan cuba melarikan diri serta keluarganya ke Perancis. Namun begitu, permintaannya untuk melarikan diri di perancis telah ditolak bulat-bulat sehingga beliau terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi.

Kebangkitan rakyat ini akhirnya membuahkan hasil apabila rejim diktator Ben Ali berjaya digulingkan pada 14 Januari 2011, 10 hari selepas Bouazizi meninggal dunia. Pada masa itu, negara Tunisia berada dalam keadaan darurat. Namun bagi mengisi kekosongan Presiden, Perdana Menteri, Mohammad Gannouchi telah mengambil alih kuasa tersebut walaupun ianya bertentangan dengan perlembagaan negera Tunisia. Jawatan Perdana Menteri pula telah diambil alih oleh Speaker Parlimen Tunisia, Fuad Almabzeig. 

Tidak lama selepas itu, kerajaan baru tersebut telah menjemput parti pembangkang untuk membentuk kerajaan sementara bagi meredakan kembali kemarahan rakyat selain berjanji akan mengadakan pilihanraya umum yang adil dan bebas dalam tempoh enam bulan.

Ben Ali, penguasa diktator Tunisia yang telah berkuasa selama 23 tahun dengan berpandukan pemerintahan sekular telah dijatuhkan oleh gelombang bekas graduan negaranya sendiri. Ini merupakan satu gelombang kesedaran bagi setiap masyarakat Islam bukan sahaja di bumi Tunisia, akan tetapi di segenap pelusuk dunia untuk bangkit menyatakan kalimah yang benar terhadap pemerintahan yang zalim sepertimana hadis Rasulullah S.A.W
"Jihad yang utama, ialah menyatakan kalimah kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim"
Bahan tambahan :
1) http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30677:syeikh-al-qaradawi-seru-mubarak-lepas-jawatan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
2) http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30650:abd-shukur-ikhwan-dipelawa-sertai-kerajaan-baru-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131
3) http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30678:pemerintah-mesir-perlu-dengar-tuntutan-rakyat&catid=94:global2&Itemid=135
4) http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30461:revolusi-tunisia-gerakan-islam-dan-harapan-perubahan-dunia-arab-&catid=94:global2&Itemid=135

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab