Tuesday, February 15, 2011
PERUTUSAN MAULIDURRASUL
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.
Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.
Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.
Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.
Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.
Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.
Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
tanpa aku sedari, ada air mata bergelinangan di mata..menginsafi kisah keagungan seorang serikandi yang mengabdikan seluruh hati, selu...
-
KISAH ASHABUL KAHFI Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga kisah masa lalu, yaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pertemuan na...
-
(Blog ini merupakan blog sementara MTEN memandangkan terdapat masalah teknikal untuk mengakses blog baru MTEN. Sebarang maklumat akan dimu...
-
BIL KUMPULAN 1 NAQIBAH : SITI NURZULAIKHA BINTI ABDUK GHANI NAQIBAH : HUWAINA BT YUSOF ...
-
Organisasi Majlis Tarbiyah Nuqaba’ 2010/2011 PENSYARAH PENASIHAT Ustaz Fauzi Bin Yahya ( JBA) Ustaz Sabri bin Ahmad Zabidi ( JBA) Ustazah ...
-
perhatian kepada semua naqib dan pelajar IPGM KPI. sila semak kedudukan anda dalam kumpulan usrah kerana terdapat pindaan terbaru. ini diseb...
-
Ustaz Sya'ari menyampaikan ceramah dengan penuh mantap dan informasi yang padat Saudara YDP, Us Hafizul Husni menyampaikan cenderahati ke...
-
Untuk mendapatkan nota-nota berikut dalam format PDF, boleh layari URL berikut : https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&c...
0 comments:
Post a Comment