MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Sunday, February 27, 2011

LIQA' NUQABA MTEN





NAQIB


Siapakah Naqib/Naqibah?

Naqib merupakan seorang yang diamanahkan untuk mengetuai dan memimpin sesebuah usrah.


Apakah Tanggungjawab Naqib/ Naqibah?

Perkara pertama yang mesti difahami apabila seseorang itu menjadi naqib, adalah dia telah memikul amanah.Setiap amanah seperti yang diketahui mestilah ditunaikan.

Dan sifat peka terhadap amanah inilah yang menentukan seseorang naqib itu akan bertanggungjawab dan memainkan peranannya atau tidak.


Maka tanggungjawab naqib/naqibah adalah :

1. Pemimpin dan pengendali usrah, bertanggungjawan akan gerakan usrah itu sendiri

- Menentukan tarikh, masa dan tempat usrah
- Menentukan tajuk yang akan dibentangkan dan siapakah yang ditaklifkan.
- Memastikan tajuk yang disampaikan mesti mencapai matlamat yang dikehendaki.
- Memastikan usrah berjalan dengan baik dari sudut kehadiran, ketepatan masa, pengisian serta suasana usrah.
- Bersunguh-sungguh dalam memimpin usrah dan ketegasan digunakan apabila perlu.


2. Pendidik

- Menjadi rujukan kepada ahli-ahli usrah.
- Bertanggungjawab dalam menyalurkan ilmu serta maklumat kepada ahli-ahli usrah.
- Senantiasa mengingatkan dan menggalakkan ahli usrah untuk menambah dan membaiki kualiti amal ibadah sama ada wajib mahu pun sunat.
- Mengingatkan setiap ahli usrah agar menjaga akhlak dan syakhsiah diri.
- Memastikah ukhuwwah dan mahabbah di kalangan anggota usrah terjaga.


3. Bertindak umpama adik beradik di atas dasar kasih sayang dan ukhuwwah .

- Menjaga kebajikan ahli-ahlis usrah, sama ada kebajikan dari sudut kewangan, perasaan, tenaga dll.


4. Penjaga juga Pemantau.

- Memantau perkembangan setiap ahli usrah di bawah jagaannya dari sudut thaqofah, ibadat, syakhsiah, akhlak dan kebajikan.
- Berusaha untuk melihat serta mencungkil bakat-bakat baru yang boleh ditonjolkan dan diketengahkan.


5. Qudwah.

Menjadi tanggungjawab seseorang naqib untuk menjadi qudwah dan teladan kepada ahli-ahli usrahnya.

Ini kerana, dia adalah pemimpin, pendidik, dan orang yang paling hampir dengan ahli-ahli usrah di bawah jagaannya.

Jika seorang naqib itu syakhsiah serta akhlak tidak baik, ini akan menjatuhkan respek serta hormat ahli-ahli usrah kepadanya.Akibat, usrah tidak dapat berjalan dengan baik, akhirnya tergendala begitu sahaja, rugi,..





Apakah Persedian Sebagai Seorang Naqib/ Naqibah?


1. Perlu mempunyai hubungan dengan Allah Swt yang kuat.Seorang naqib, mestilah mempunyai suatu wirid harian yang dirutinkan untuk menjaga hubungannya dengan Allah Swt.


2. Mindset, yang dimaksudkan di sini, adalah seorang naqib itu tidak boleh tidak, mestilah menyedari bahawa dia adalah naqib serta memegang amanah tersebut.Sekiranya kesedaran ini ada di dalam diri, maka seseorang naqib itu, akan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari sudut ilmu, amalan, akhlak, syakhsiah serta perkara-perkara lain yang berkaitan.


3. Sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang naqib yang baik, secara beransur-ansur insyaAllah ianya akan bertambah baik.Di antara sifat-sifat yang perlu ada pada seorang naqib :

i. Mempunyai kefahaman yang baik di dalam agama dan sentiasa berusaha untuk itu.
ii. Keimanan yang mendalam dengan menjaga ibadat serta amalan-amalan.
iii. Amanah serta ikhlas.
iv. Beramal dengan ilmu dan sentiasa memperbaiki diri untuk itu.
v. Mempunyai syakhsiah serta akhlak yang baik dan sentiasa untuk membaikinya.
vi. Memahami, mempunyai pergaulan yang baik dan mudah didekati.
vii. Menjauhi perkara-perkara muhlikat.
viii. Sentiasa muhasabah dan mujahadah akan diri.


4. Memahami isi kandungan, tuntutan dan matlamat silibus yang perlu dibentangkan.Usrah yang dijalankan, adalah seminggu sekali, maka setiap naqib perlu bijak menggunakan masa untuk membuat persedian di dalam masa tersebut.

Cadangan masa adalah 2 – 3 jam seminggu, contohnya :

i. 1 jam atau 1 jam setengah membaca sililus dan fahamkan.

ii. 1 jam atau 1 jam setengah membuat huraian, kesimpulan atau tambahan.


5. Memahami 3 keperluan usrah yang menjadi elemen pentin untuk merapatkan dan menjaga hubungan antara ahli usrah, iaitu :

i. At-Taa'ruf ( Kenal Mengenal Di Antara Satu Sama Lain )

ii. At-Tafahum ( Saling Faham Memahami )

iii. At-Takaful ( Saling Mengambil Berat Di Antara Satu Sama Lain )




Tambahan

1. Mempunyai sebuah buku catatan, untuk perkara-perkara pennting yang berkaitan dengan usrah dan yang paling penting untuk merekodkan idea-idea cetusan agar tidak lupa.

2. Setiap naqib boleh melantik seorang timbalan untuk membantunya dalam menjalankan tugas.

3. Mencari serta menyediakan bahan-bahan rujukan serta fakta yang sesuai untuk rujukan usrah.

4. Mestilah memahami dan melaksanakan dengan baik tugasan-tugasan yang diterima oleh pihak persatuan untuk menjayakan usrah.

5. Memaklumkan hari, masa serta tempat usrah dengan lebih awal kepada anggota usrah bagi melancarkan perjalanan usrah.


KESIMPULAN

Kertas kerja ini merupakan suatu usaha kecil yang diharapkan dapat membantu para nuqaba / naqibat yang mengetuai usrah-usrah Persatuan- Persatuan Pelajar Malaysia di Bumi Jordan ini.

Moga-moga usaha ini dapat memberi faedah dan impak positif kepada kita semua.

Kepada Allah Swt Yang Maha Sempurna kita memohon untuk membantu dan melengkapkan diri kita untuk menjadi hambaNya lebih baik yang mencapai RedhaNya.

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab