MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Friday, March 19, 2010

Futsal Usrah 2010









Pada 6 mac 2010 yang lepas, Biro Ukhuwah Dan Kebajikan Majlis Tarbiyah Nuqaba’ ( MTEN ) dengan kerjasama Biro Sukan Dan Rekreasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah meganjurkan pertandingan futsal usrah edisi ke 2010. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara sesama ahli usrah selain mewujudkan lagi aktiviti2 pelajar di waktu lapang dan hari2 cuti.

Sebanyak 9 pasukan telah mengambil bahagian pada kali ini. Antaranya termasuklah Abu Sayyaf FC, Bukan Lima Tapi Enam FC, Kumpulan Tersebut FC, Hebat Power FC dan banyak lagi. Aktiviti ini dimulakan pada pukul 9 pagi bertempat di padang besar IPG KPI. Setiap pasukan mesti mempunyai 5 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan. Alhamdulilah, pertandingan berakhir pada jam 1 tengahari dengan jayanya.

Tahun ini, pasukan Hebat Power FC telah menjadi johan dengan mengalahkan pasukan Bukan Lima Tapi Enam FC melalui gol 3 -2. Untuk tempat ketiga dan tempat keempat, pasukan UPIN FC telah bertemu pasukan Abu Sayyaf FC. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan Abu Sayyaf FC. Pasukan yang menang diberi hamper pada perhimpunan bulanan bagi bulan mac bertempat di dataran gerko. Hadiah disampaikan oleh En. Yaakub bin Ismail, ketua jabatan kokurikulum ( GERKO ).

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab