MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul: Bukan sekadar sambutan tetapi penghayatan


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah, Zat yang menguasai sekalian alam, Zat yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan tiada kekurangan bagi-Nya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang dinukilkan Allah Ta'ala di dalam al-Quran sebagai sebaik-baik penciptaan yang diutuskan sebagai utusan terakhir membawa risalah agung dan memancarkan cahaya Iman ke seluruh pelusuk alam.

Tanggal 12 Rabiul Awal yang bakal tiba pastinya akan menggamit kenangan yang takkan luput dari sejarah. Tanggal yang menyaksikan kelahiran seorang manusia agung yang menjadi rahmat sekalian alam. Pada tanggal ini jugalah, saban tahun umat Islam menyambut perayaan Maulidur Rasul dengan mengadakan berbagai acara seperti berselawat, berzanji, marhaban dan sebagainya sebagai manifestasi rasa cinta terhadap Rasulullah SAW.

Walaubagaimanapun, hari demi hari kita lihat rasa cinta ini semakin terhakis sedikit demi sedikit. Rasa cinta yang dibina oleh para ulamak terdahulu semakin di cantas nilainya. Selawat dan marhaban hanya tinggal adat sahaja, tiada lagi makna dan penghayatan yang cuba diterapkan dari isi selawat dan marhaban itu sendiri. Ada juga golongan yang suka membid'ahkan semua perkara sehingga tiada lagi ruang toleransi lantas mencarik nilai ukhwah dan persaudaraan sesama ummah. Sesungguhnya hakikat cinta itu adalah sejauh mana kita memanifestasikannya dengan perlakuan kita. Pembuktian rasa cinta kepada Rasulullah bukan sekadar mainan pemanis bibir untuk ceramah-ceramah, perarakan atau sebagainya. Tetapi ia adalah sejauh mana pengamalan sunnah dan ajaran Baginda yang telah kita laksanakan. Samada dari sudut bermasyarakat, berkeluarga, sehinggalah kepada pemerintahan Negara perlulah kembali kepada sunnah dan sirah yang telah ditunjukkan Baginda Rasul SAW.

Justeru, barisan pimpinan MTEN menyeru seluruh umat Islam khususnya warga pendidik IPGM Kampus Pendidikan Islam ini untuk bersama-sama menghayati pengamalan sunnah Rasulullah dalam setiap aspek hidup kita sebagai bukti rasa cinta dan rindu kita kepada sosok tubuh agung yang telah berjuang untuk menyampaikan risalah agama ini sehinggalah kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam pada hari ini. Kita tidak mahu sambutan yang saban tahun dilakukan sekadar retorik yang menambah jurang nifaq dalam hati, tetapi kita mahu supaya sambutan yang dilakukan menambahkan nilai Iman kita di sisi Allah Ta'ala..Wallahu A'lam..

Salam Maulidur Rasul 1431H..


Mohd Ikhwan Bin Ali

Presiden,

Majlis Tarbiyah Nuqaba'(MTEN)

IPG KPI 2009/2010.

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab