MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Saturday, January 23, 2010

Ahlan wasahlan....ITC PPISMP sem 2

Tarikh : 11 Januari 2010
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik Kuliah PISMP sem 7.01

Ahlan wasahlan buat adik-adik PPISMP sem 2 yang mana baru sahaja menjadi warga ITC untuk semester PPISMP sem 2 dan sekaligus menjadi bakal pelapis nuqaba' baru di bumi KPI ini. Liqa' (perjumpaan) yang pertama ini didahului dengan kata-kata aluan dan peringatan daripada Presiden Majlis Tarbiyyah Nuqaba' (MTEN) , saudara Mohd Ikhwan Ali.

Ust Ikhwan mengingatkan bahawa kita sebagai hamba Allah mempunyai beban tanggungan yang berat terhadap tanggungjawab untuk menyebarkan agama Islam ini dan ia tergalas di atas bahu kita. Selaku insan yang dipilih oleh Allah untuk menjadi duta dalam menyebarkan ajaran Islam, mahu atau tidak amanah yang ditaklifkan oleh Allah haruslah dipikul dan dilaksanakan dengan baik. Jangan berhenti menyebarkan dakwah, kerana amanah ini masih belum selesai, dan seharusnya dakwah ini berterusan menjadi agenda utama dalam hidup kita sebagai seorang murabbi.

InsyaAllah jika redha Allah yang kita inginkan, nescaya Allah akan meredhai diri kita dan memberikan ganjaran untuk kita mengecapi nikmat syurga yang kekal abadi.


















Perlantikan majlis tertinggi bagi ITC PPISMP sem 2 dijalankan. Liqa' bersama ahli ITC yang seterusnya akan diuruskan sendiri oleh majlis tertinggi ITC PPISMP sem 2 dengan dipantau oleh pimpinan MTEN yang telah ditetapkan.

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab