MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Monday, October 19, 2009

Wake Up Muslim










Usrah









Apakah tujuan usrah?? Pastinya anda menjawab mendekatkan diri kepada Allah. Hakikatnya begitu. Kita ingin mencari bekalan di persinggahan ini, kita ingin mencari kekuatan, ingin mengenali PENCIPTA dan mengenal diri lantas membersihkan jiwa dan rohani (tazkiyatunnafs) untuk lebih mendekatkan diri kepada Ilahi..Ya, kita ingin mencari wasilah untuk taqarub ilallah..




“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung.”


(Surah Al-Maidah 5: 35)






Usrah adalah satu medium untuk kita mendapatkan kefahaman yang jitu mengenai ISLAM…. masih belum sempurna akidah dan ibadah, masih terlalu cetek ilmu yang dimiliki..Nah… janganlah terlalu sombong dan mengelak diri daripada usrah.. sudah cukupkah amalan untuk menghadap Ilahi? Sudah terlalu hebatkah diri kita?? Nauzubillah, jauhkanlah kami dari berperasaan riya’, takbur dan menyombong diri Ya Allah.



Merujuk kepada sirah bagaimana Rasulullah s.a.w mendapat tarbiyah direct daripada Allah iaitu melalui perantaraan malaikat Jibril. Lantas Rasulullah s.a.w berkongsi nikmat Islam dan tarbiyyah itu dengan insan yang paling rapat dan dekat dengannya. Bermulalah pengislaman satu demi persatu insan yang dikasihinya. Walaupun kita mengetahui betapa sedihnya baginda pabila bapa saudara yang dikasihi mati dalam keadaan yang tidak beriman… namun kita perlu sedar bahawa hidayah itu bukan ditangan Rasulullah..






Seharusnya kita contohi dan fikirkan bagaimana strategi dakwah fardhiyyah dan uslub yang digunakan oleh kekasih Allah ini sehinggakan mampu melahirkan ramai a’milin, mujahidin dan syahidin? Kita lihat betapa hebatnya penangan Dakwah Rasulullah kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq, sahabat setia yang sentiasa membenarkan segala kata-kata Rasulullah.. Lantas As-Siddiq berkongsi nikmat Tarbiyyah dan Islam itu dengan para sahabat sehinggakan 6 daripadanya adalah sahabat-sahabat yang tergolong dalam 10 sahabat yang dijanjikan syurga… Subhanallah… Ya Allah berikanlah dan kurniakanlah kenikmatan itu kepadaku, sahabat-sahabatku serta ahli keluargaku….






Sudah cukupkah jika kita hanya berdoa namun kita lari dari medan perkongsian ini??? Ya, memang benar kita tidaklah sehebat Rasulullah s.aw dan para sahabat.. namun jika semua ingin lari siapakah yang ingin menyambung rantai perjuangan Rasulullah s.a.w?? siapakah yang ingin meneruskan perkongsian kenikmatan tarbiyah dan Islam ini??






Sahabat..cukuplah dengan omongan aku tak layak…aku tak mampu.. aku tak bisa.. aku nak jadi orang biasa.. aku nak belajar..aku nak tingkatkan tsaqofah, aku banyak kekurangan…ramai lagi orang yang boleh melakukan…CUKUPLAH!!! Hentikan segala alasan… jangan sering dan terlalu banyak alasan… adakah alasan itu juga yang mahu kita berikan kepada Yang Esa…Astaghfirullahala’zim….. sedarlah diri… sedarlah sahabat…kita adalah murobbi, Muallim, mudarris dan pendidik yang bakal membentuk watak generasi akan datang…kita adalah pewaris nabi….penyampai risalahnya…sedarlah!!! Buangkanlah segala alasan…






Namun, dapatkah kita perolehi semua itu disini? (USRAH)… adakah benar USRAH seperti itu yang mampu kita kecapi disini?? Realisasikanlah impian anda.. jadilah seorang naqib acuan Rasulullah…tingkatkan tsaqofah…pelajari sirah… dan jagalah amalanmu…
Usrah bukan setakat di IPIS… namun usrah ini sebagai nucleus dan momentum kepada para pendidik yang ditarbiyah…






“Ya Allah..sememangnya Engkau tersangat mengetahui segala kekurangan dan keaiban diri kami Ya Allah..Engkau Maha Mengetahui bahawa kami ini insan yang tersangat lemah dan terlalu banyak dosa Ya Rabb… namun Ya Allah, bantulah diri kami…Berikanlah kami kekuatan agar tsabat dijalan yang engkau Redhai.. Bantulah kami dalam mentarbiyyah diri kami dan sahabat-sahabat kami… Hanya Redha-Mu yang kami harapkan….”
Aminn






- SHARING IS CARING….. -

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab