MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Sunday, October 11, 2009

Empat Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Aisyah r.a. : " Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum malakukan empat perkara, iaitu:

  1. Sebelum khatam Al-Quran,
  2. Sebelum membuatkan aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
  3. Sebelum para muslim meredhaimu,
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.


 

Bertanya Aisyah : " Ya Rasulullah… Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? " Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau tidur, bacalah Al-Ikhlas 3 kali. Amalan ini seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran. Bacalah selawatuntukku, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak. Beristighfarlah untuk para muslim maka mereka akan meredhai kamu…

" Astaghfirullahal 'azim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal muslimat al ahya immin hum wal amwat".

"Ampunilah aku, ya ALLAH Yang Maha Besar, ibu bapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."


 

" Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."


 

Kalau mampu amalkan sekurang-kurangnya 3 kali. Selepas itu, bacalah basmalah (bismillahirrahmanirahim) sebanyak 21kali . Seterusnya bacalah doa sebelum tidur. Adapun amalan Rasulullah s.a.w sebelum tidur, membaca surah Sajadah dan al-Mulk sebelum tidur. Mengamalkan surah al-Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang benderang. Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca ayat Kursi dan 4 Qul . Semoga kita dijauhi daripada gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab