MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Saturday, August 22, 2009

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..


Kami barisan kepimpinan MTEN dan para nuqaba' Mten 09/10 mengucapkan selambut menyambut kedatangan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam khususnya warga IPGM Kampus Pendidikan Islam..

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh segenap jiwa-jiwa yang rindukan tarbiyah Rabbani dari Ilahi. Puasa Ramadhan mula difardhukan pada tahun kedua hijrah. Ulamak telah ijmak bahawa sesiapa yang mengingkari ibadat ini adalah kafir. Ramadhan adalah bulan istimewa yang mana terdapat modul-modul dan ganjaran khusus yang hanya diperoleh dalam bulan ini.

Antara hikmah dan kelebihan yang diperolehi dalam Ramadhan ini:

- Ia dapat mewujudkan kesatuan hati seluruh umat Islam. Bila tiba Ramadhan seluruh umat Islam dipelusuk dunia berpuasa di waktu tertentu tanpa mengira darjat,pangkat dan sebagainya dan dilakukan semata-mata kerana Allah.
- Dapat melahirkan jiwa-jiwa yang taat kepada perintah Allah dan insaf akan kelemahan diri. Justeru dapat mencapai matlamat akhir ramadhan iaitu menyatakan ketaqwaan kepada Allah semata.
- Dari segi kesihatan pula dapat mengelak penyakit di dalam badan ini kerana kebanyakan penyakit berpunca dari perut. Melalui proses puasa perut akan dibersihkan.
- Dianjurkan ibadah khusus dibulan ramadhan iaitu solat terawih dan juga zakat fitrah.
- Bila tibanya bulan Ramadhan pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan ditutup.
- Bulan diturunkan al-Quran dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman iaitu pada 17 Ramadhan.
- Ramadhan juga terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan ganjaran pahalanya daripada Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap balasan daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu".

Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada 3 peringkat:
Puasa Umum : puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjimak.
Puasa Khusus : puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri dari melakukan perkara di atas.
Puasa Khususul Khusus : merangkumi puasa umum dan puasa khusus. Disempurnakan pula dengan dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa yang tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita dan menjadi medan latihan terbaik untuk kita menghadapi bulan-bulan lain yang akan datang. Moga madrasah ramadhan kali ini dapat kita ambil untuk menjadi hamba pilihan Allah dalam menggapai redha dan taqwa..

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab