MTEN IPGM-KPI

Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN) Diwujudkan Sekitar Tahun 2005-2006 Bagi Memastikan Kelangsungan Biah Islamiyyah Di Bumi IPGM-KPI ini terus berkemudi.

Dapatkan Update Terkini

Daftar Untuk Update Terkini

Thursday, May 28, 2009

GEJALA SOSIAL SUDAH DITAHAP KRONIK



By : Mohd Amzari Iberahim

Hampir setiap hari akhbar melaporkan kes-kes zina atau bersekedudukan yang dilakukan oleh golongan muda-mudi sama ada dengan pasangan yang masih bujang ataupun yang sudah menjadi suami orang. Nampaknya kes-kes sebegini menunjukkan peningkatan dari hari ke hari sehingga menjadikan mereka yang bergelar ibu bapa merasa rimas dan tidak senang duduk kerana khuatir virus yang sangat merosakkan ini menjangkiti anak-anak mereka. Begitu banyak akhbar melaporkan kes yang berkaitan dengan kegiatan bersekedudukan yang dilakukan oleh pelbagai jenis peringkat umur sehingga ramai yang mengandung anak luar nikah. Persoalannya kenapakah kes-kes sebegini semakin menunjukkan peningkatan dari hari ke hari sehingga tiada seorang pun merasa senang dengan peningkatan yang ditunjukkan.


AMR MAARUF TIDAK SEIRINGAN DENGAN NAHI MUNGKAR

Untuk menyenaraikan faktor-faktor pendorong kepada gejala yang tidak sihat ini terlalu banyak yang boleh saya senaraikan di sini namun itu bukan menjadi fokus saya dalam tulisan kali ini kerana dalam tulisan ini saya cuba mengajak pembaca berfikir sebab utama yang menjadikan kes ini semakin bertambah adalah kerana amr maaruf berjalan tidak seiringan dengan nahi mungkar. Jika kita perhatikan dalam negara kita sudah banyak kuliah-kuliah agama diadakan bertujuan untuk menyedarkan kita tentang batasan pergaulan yang dibenarkan sebagai seorang Muslim tidak cukup dengan itu diadakan juga siaran langsung berbentuk ceramah dan motivasi seperti Al-Kuliyyah, Forum Perdana Ehwal Islam, Ar-Rayyan dan sebagainya. Semuanya ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan menyuntik kesedaran kepada kita selaku orang yang menjawat jawatan full time Muslim mengenai perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang diharamkan kepada kita untuk melakukannya. Namun amr maaruf seperti ini sahaja masih lagi belum cukup kerana dalam masa yang sama program-program yang menyuburkan segala macam maksiat nampaknya semakin hebat dijalankan seolah-olah ingin berlawan dengan program amr maaruf yang telah dilaksanakan. Perbuatan seperti ini dapatlah kita samakan seperti perbuatan meludah ke langit yang akhirnya akan mengenai muka sendiri kerana apa guna diadakan program-program ceramah kesedaran dan pada masa yang sama program-program berbentuk kemaksiatan dan percampuran antara lelaki dan perempuan tidak cuba dikurangkan.


ISLAM SOLUSI TERBAIK

Apa pun masalah yang kita hadapi pada hari ini Islam mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri dan terbaik namun amat malang sekali bagi kita yang bergelar seorang Islam namun tidak cuba mencari jalan penyelesaian seperti yang telah pun ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w dalam soal ini. Apabila ada sesetengah golongan yang cuba menegakkan hukum hudud kepada orang yang berzina mereka dituduh cuba berpolitik sedangkan hukum ini telah pun tercatit dan tertulis dalam Al-Quran yang suci dan ia telah pun dipraktikkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w dan ia telah terbukti sangat berkesan bagi membendung gejala yang sangat merosakkan ini. Janganlah kita bersikap tidak mahu melaksanakan perintah Allah dalam masa yang sama cuba menghalang orang lain yang cuba melaksanakan perintah dan peraturan Allah di atas muka bumi ini. Jika kita perhatikan masyarakat kita pada hari ini kita lebih suka untuk mencari dalil dan alasan supaya kita dapat terlepas dari perintah Allah seperti mengatakan hukum ini hanya sesuai pada zaman nabi dan sebagainya sedangkan kita tidak pernah berusaha untuk melaksanakannya. Apakah ertinya hidup di dunia dalam keadaan menderhaka kepada Allah kerana hidup di dunia akan menjadi sempit di akhirat bertambah-tambah penderitaan. Wallahu’alam.

0 comments:

Post a Comment

Liqa' Nuqaba..

Liqa' Nuqaba..

Liqa Nuqaba'

Liqa Nuqaba'

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 2

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab Siri 3

Daurah Kitab

Daurah Kitab