Sekalung pengahargaan dan tahniah dari barisan kepimpinan MTEN 09/10 kepada Biro Sukan JPP dan Lujnah Sukan & Riadhah MTEN yang telah bekerjasama dalam menjayakan kejohanan Futsal edisi usrah ini. Sebanyak 10 kumpulan usrah telah menghantar penyertaan untuk edisi kali ini. Pertandingan yang diadakan di gelanggang Aktif Futsal di Bangi ini telah bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 1 petang. Pasukan Fauqa Ra'si di bawah bimbingan Mohd Hakimi Hashim selaku naqib telah muncul juara setelah mengalahkan juara edisi lepas iaitu usrah bimbingan Sufiayan Anas. Semoga aktiviti yang dijalankan ini akan merapatkan lagi ukhuwwah dikalangan ahli usrah khususnya dan semua pelajar umumnya..
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
Liqa' Nuqaba..
Liqa Nuqaba'
Daurah Kitab Siri 2
Daurah Kitab Siri 3
Daurah Kitab
0 comments:
Post a Comment